|
TENTERA MALAYSIA / MALAYSIA MILITARY
Kekuatan Tentera Malaysia, Kebanggaan Negara! Malaysia telah mempunyai pesawat pejuang SUKHOI Su-30 MKM, pesawat pejuang yang yang amat hampir dengan pesawat-pesawat pejuang generasi ke 5, SUKHOI Su-30 MKM adalah gabungan teknologi avionic terbaik daripada Russia, Afrika Selatan, India, beserta senjata pemusnah terhebat dari Russia. MiG29 adalah pesawat pejuang terpantas yang dimiliki oleh Malaysia, kedua2 pesawat SUKHOI dan MiG milik Malaysia mampu membuat "Pugachev Cobra Maneuver" dengan amat baik dan merupakan jet fighter terbaik dalam "dogfight"!!! Malaysia juga telah berjaya membuat UAV (kapal terbang pengintip) sendiri, senjata senapang dan raifal sendiri dan sedang mengorak langkah membuat kapal perang sendiri dengan kerjasama syarikat-syarikat terkemuka dari Eropah dan Korea, Malaysia juga sudah mula bekerjasama dengan negara China untuk membuat peluru berpandu sendiri.  Malaysia juga telah mempunyai kereta kebal Main Battle Tank PT91M yang mempunyai ciri2 kereta kebal moden yang akan menguatkan lagi Angkatan Tentera Malaysia, terutamanya Tentera Darat Malaysia yang merupakan tentera darat yang paling digeruni di Asia Tenggara! Kapal selam Scorpene yang merupakan antara kapal selam tercanggih di dunia bakal menjadi milik Malaysia, Kapal perang DOKDO buatan Korea yang merupakan kapal perang terbesar di Asia yang mampu mengisi banyak kereta kebal dan hovercraft dan platform landing helikopter di atasnya bakal menjadi milik Malaysia. Kapal terbang Airbus A400 yang mampu membawa muatan ketenteraan sebanyak 37,000 kg dan mampu membawa kereta kebal serta tempat perubatan yang disediakan khas untuk 25 orang perubatan, dan mampu mendaratkan bantuan kepada tentera dengan sempurna bakal menjadi milik Malaysia! Najib said "We know the things we need for the next 5 to 10 years".. memang dia ada visi untuk negara
Video Length: 194
Date Found: December 26, 2007
Date Produced: December 09, 2007
View Count: 1,158
|